Salam guys , apa khabar semua sihat ke ? Lama juga sophea tak berblog ye . Aigo . Alhamdulillah ada juga hujan petang macam ni , kalau tak malam tidur macam sauna .
Bulan February ni kira macam pack . Nanti lah sophea buat post trilogy february (betul ke ejaan tu ) .
Ouh berkenaan 'Tak Jadi Cabut Gigi' kenapa tak jadi ? Macam ni cerita dia , sophea ada satu je gigi bongsu yang lagi satu dah cabut tahun lepas. Satu hari kan tiba rasa gigi macam denyut je check then tengok berlubang . Sementara malam tu makan ubat tahan sakit . Lepas tu waktu hari nak cabut tu kononnya tak sakit dah pun . Tapi pergi jugalah sebab dah berlubang .
Pergi dekat satu klinik yang abah selalu pergi , abah cakap dr situ bagus . Abah memang dari ada gigi sampai takde gigi situ abah cabut haha. So lepas zohor macam tu pergi dengan abah . Ni klinik dia , Sophea amaze dengan deco dia cantik dan kemas . Ala ala 90 an gitu .
tunggu punya tunggu ( ada dua pesakit je masuk sophea tiga ) . Dr check , berdebar juga bila check tu sebab last haritu trauma dia belum habis .
Dr tu explain gigi tu dah berlubag besar and susah nak hold remove . Confirm kena operate pecahkan satu persatu .Plus bengkak even tak sakit pun . Dia bagi ubat RM 65 termasuk tahan sakit . Tanya Dr tu kalau remove berapa ? Cuba teka dia jawab berapa ? Dr tu jawab "RM 600" . Terdiam gak kat situ . Ingat 100-200 macam tu . Then suggestkan Klinik kerajaan . Bukan taknak , tapi kena tunggu berbulan macam tu .
Post ni bukan nak kutuk klinik tu tau , jauh sekali.Servis staff kat situ pun polite and doctor tu pun explain details . Just rasa kelakar sophea dengan abah confident je dengan range harga sebab 'pelanggan tetap kan ' .
Korang ada tak pengalaman kelakar dekat klinik gigi ? Cuba share . Terima kasih sudi bacs coretan yang dibuat .
gigi bongsu memang masalah, sebab kadang kedudukan dia tu yang jadikan kos nak cabut tu mahal.. tapi yelah rm600 mau terdiam kejap mujur doc tu bagitau harga dulu, kalau pakai ok-ok setuju cabut sekali nak bayar hehehhe...
ReplyDeletebetul tu mahu bayar ansur ansur mcm tu tak dibuat orangπ .
Delete