Assalamualaikum , anyeong ~
Hujan-hujan malam ni rasa nak review movie , so here we go ~Dipendekkan cerita , Crush Next Door ni berkisarkan seorang lelaki bernama Zharif ( Aiman Hakim Redza) dan Hani ( Nelydia Senrose ) yang kerap kali secara tidak sengaja terserempak antara satu sama lain . Menyebabkan kedua mereka mula menyemai perasaan dari annoying kepada suka.
Dominant part yang menyebabkan Zharif lebih jatuh cinta pada Hani apabila mereka accidentally bertemu untuk kali kedua sebagai pengapit kedua-dua pihak pengantin . Means macam ni Zharif jadi pengapit lelaki ( sepupu dia ) Hani pun jadi pengapit perempuan (sepupu ).Hani ni yang jenis cepat nervous sangat bila dapat tau Zharif ialah pengapit belah lelaki sampai terkehel depan pelamin , sebaik tak runtuh pelamin . Zharif lah yang jadi penyelamat dekat sini (again) ! Uish lagi lah Hani berkobar-kobar , macam nak meletop jantungn, tapi Hani ni jenis suka deny perasaan sendiri . Kalau tak suka kenapa nak nervous tak tentu pasal kan ?
Almost sebulan tak terserempak Zharif , Hani makin tidak keruan .Akhirnya mengaku dengan dirinya sendiri dia memang telah jatuh cinta dengan Zharif . Malangnya , masa Hani jumpa Zharif after one month , dia nampak Zharif bermesraan dengan seorang wanita ni lakonan Afifa Nasir. Terus Hani patah hati . Time patah hati dia tertanya-tanya dengan kewujudan jiran barunya yang menurutnya mempunyai taste yang sama dalam music ( jiran dia ni suka pasang lagu kuat-kuat , kiranya macam mamat karok lah).
Zharif pula semakin ingin mengenali Hani tapi tidak disenangi Hani kerana dia tidak mahu menjadi orang ketiga walaupun dia cinta mati dengan Zharif . Mampukah Zharif menangi hati Hani kembali ? Atau mungkinkah Hani beralih arah cintanya kepada jiran barunya ?
My personal opinion , cerita ni best sebab:
1) Chemistry Aiman dengan Nelydia (rarekan ) never know they'll blend well
2) Jalan cerita yang simple tapi tak cliche ( takdelah kahwin paksa semua)
3) Character Zharif yang suka sakat Hani , sweet macam madu tapi tak cringe cute je
Kalau boleh nak rate i give 8.9 / 10 - tinggi kan ? sebab they look cute lol .


