Pentingnya breakfast

By sophea ◇ - 7:08 PM

 Assalamualaikum dan selamat pagi . Selamat berhujung minggu juga untuk semua . Selalu lepas bangun tengok jam terus kemas rumah . Al maklumlah ada ramai anak bulus so waktu kemas tu lama sikit . 

Lepastu terus prepare breakfast untuk diri sendiri dan anak anak bulus . Kalau untuk mereka sophea akan blendkan ayam rebus , carrot kadang letak nasi bagi kenyang sikit . Tak mau lah bagi wet food je , kalau dry food memang ada tapi tak kenyang . 

Alhamdulillah sekarang memang breakfast , mungkin sebab aging factor ? Kalau tak breakfast rasa tak lengkap . Kalau ayah sophea pun memang selalu bebel juga dulu suruh breakfast , abah memang kalau breakfast awal pukul 7 macam tu sebab dah terbiasa . Kalau dulu nak telan pun loya . Sekarang sebaik dah boleh adapt . Kalau kucing pula celik mata memang dorang dah tunggu hahaa . Tapi even macam tu dorang bukan jenis kacau orang lain makan atau buat bising kecuali kalau tuan dia yang makan haha . 

Sophea notice , kalau tak breakfast nanti lunch mesti lapar teruk then ambil quantity yang banyak . Kalau boleh nak cut carbs bukan nak kurus tapi fit . inshaa Allah . Kalau korang macam mana memang wajib breakfast ke atau brunch terus (breakfast plus lunch ) ?



* Ni latest roti pizza yang dibuat *


Terima kasih sudi baca , drop comment for blogwalking >_<

  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. dari dulu memang kena breakfast sebab pagi2 dah guna otak bila kelas semuanya pukul 8. dah kerja pun breakfast sebab pagi2 siapkan semua kerja dah tengahari petang tu baru buat benda lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bagusnya dari awal dah praktikkan . Sebab pagi banyak guna tenaga . Kalau sarapan lebih sikit lunch kurang pun takpe

      Delete
  2. BW sini dah terasa lapar la pulak..tak sabar nak tunggu pagi untuk breakfast

    ReplyDelete
  3. kadang2 skip breakfast ni akibatnya tghari pzningg kepala yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau makan lambat perut masuk angin tu yang pening tu

      Delete
  4. Saya selalu skip breakfast sebab nak jimat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba roti cicah air pun jadi . Dulu sophea sarapan paling kurang pun milo je lah . Faham kadang nak beli makanan pun kena bajet bajet

      Delete
  5. Comelnya hiasan atas roti tuu... Macam ika, dulu masa belajar susah sangat nak sarap.. nak2 kalau dah lambat. Tapi sekarang tak boleh tak sarapan. Ibu dengan ayah marah. Tapi kan sejujurnya ika perasan, bila kita sarapan, pagi tu jadi extra energy.. then now, tak pernah skip sarapan pagi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tika , kalau tak sarapan time tu la cepat mengantuklah rasa lesu

      Delete
  6. Memang penting breakfast ni. Tapi itulah jenis breakfast lewat sikit. Kalau awal pagi pkul 7 tu mulalah nak jejak toilet lepas tu. Kucing memang macam tu, tunggu tuan bangun sebab nak makan. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sophea pun sarapan tak boleh awal sangat tekak tak terima . Betul kalau kucing sophea breakfast awal sungguh

      Delete
  7. jgn skip breakfast mmg penting

    ReplyDelete