Quotes ,Jum praktikkan :)

By sophea ◇ - 8:32 AM

Woo chinese new year dah habis ~ agak-agak banyak dapat limau tak ?Hahaha .Rumah  penuh limau je , thats baru cny kan.Tapi anak-anak saudara aku tekun makan.Budakkan suka makan buah -buahan ni .Bagus bagus jangan jadi macam mak cik dia ni hahaha.

Tengok ni few quotes yang aku create sendiri .Aku nak share something .  Lawa enggak hehhe :p

:

Taubat - menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi .( ni definisi bagi aku sendiri)

Pulang kat sini aku tujukan ialah syurga , tempat asal kita .Pulang kepada Sang Pencipta.
Ustaz kat sekolah pernah pesan , dia cakap solat taubat ni kita kena buat hari-hari . Sebab hari-hari kita buat dosa tanpa kita sedar ataupun kita sedar tapi kita pejam mata je sebab dah terbiasa .Kalau tak boleh buat hari-hari buatlah seminggu sekali :).

Solat hajat pun sama . Hari-hari kita kena hajat dekat Allah permudahkanlah saat melalui titian sirat , masa dekat padang masyar , masa pahala dan dosa ditimbang ,elak dari api neraka , diringankan siksaan kubur.

Dunia pun doa jugalah doa dapat keputusan baik , jadi anak yang baik , terpelihara dari melakukan dosa sewenangnya , dapat bantu mak ayah , dapat kereta besar , dapat rumah besar , dapat gaji besar hewhew . 

Biar sama balance . Tapikan , ada satu pepatah and aku setuju benda ni . Kalau kita kejar akhirat dunia pasti kejar kita :).

Jangan risau , Allah kan ada.

Jangan pula doa buruk pasal orang . Jangan buat begitu tak elok . 


Solat tu kan tiang agama . Rumah tanpa tiang pun tak jadi juga . Gawang goal tanpa tiang pun lagilah tiada guna dah macam jala ikan pula .

Ingat jaga solat , solat awal waktu . Jaga masa dengan Allah . Kalau tengah date dengan kucing ni pukul 7.30 malam.Pukul 7.31 azan , masuk waktu maghrib dah . Tinggalkan kucing tu terus pegi solat . Paling baguih kalau dapat ajak kucing tu sekali :'D baru sweet hahaha.

Macam ni lah nak cakap . Aku pun dulu dan kini tak tahulah aku bebas ke tak dari kelompok jahil itu sendiri . Tapi camni , kalau nak jadi baik ajak orang kan lagi bagus.Kadang aku tak mampu tegur , dan aku rasa sedih bab tu . Aku harap suatu hari nanti aku ada keyakinan untuk bersuara.



Like kembali pada orang yang cipta kau . Dia bagi segalanya dekat kau . Tapi selalu tak kau ingat dekat dia :( .

Jangan buat hukum sendiri macam tak pakai tudung takpe janji solat .Bagi akulah benda macam ni kalau tahu diri tu salah baik mendiam diri .Diam dan ubah perlahan-lahan . Lagi satu , jangan kutuk orang lebih sangat sebab kita sendiri tak tahu apa kesudahan hidup kita.Iman naik turun macam rollercoaster . Kiamat sememangnya sudah dekat . Tapi hati masih kering mengejar duniawi :/



Aku ingat lagi , ustaz penat cakap " nak tahu kita tutup aurat ke tak , pakaian yang kita tengah pakai tu boleh bawa solat " .

Trend pakai tudung tapi berlengan pendek ni dah berkurang , tapi trend nampak kaki masih belum hilang . 

Contoh eh , kalau solat nampak kaki boleh tak ? Tak bolehkan ? So kalau kat luar rumah pun kau tak boleh tunjuk kaki tu . Pakai Stoking tak wajib tapi kaki tu aurat.

Dulu aku pun sama pakai selipar je ,lagi teruk kot tapi mungkin Allah jentik hati ni . Harap  terus istiqamah.


Sedih sangat cari Allah . Allah dengar , Allah lagi nak dengar apa kita mengadu dekat dia . Sebab manusia ni ciptaan Allah . Asal kau tak cakap direct dekat Allah . Kau kasi tahu kat manusia pun belum tentu dia paham , arasso ? Ha dah keluar bahasa asing hahaha.

Time gembira pun sebut , alhamdulillah dulu bukan yeah . Sebab Allah bagi suprise yang gembira dekat kita .

Tapikan akulah jenis woo dulu tu . Lepas berapa minit baru sedar hahaha . Harap aku boleh ubah sikap tu .Inshaa Allah .


Sampai sinilah aku share , few quotes ni aku tak tujukan pada sesiapa . Actually ada aku tujukan pada seseorang ? Seseorang iaitu aku , diri aku sendiri . 
Nak masuk syurga Allah tu bukannya mudah .



  • Share:

You Might Also Like

0 comments